Tuesday 31 December 2013

Bila minat orang...

Hurrmmm... Mesti ramai pernah lalui kan?? Bila kita minat orang tu, tapi orang tu tak pernah pun tahu ataupun orang tu have someone else??? Hurrmm... Beruntung sangat pada sape yang dapat orang yang dia minat kan? Tapi bagi orang yang tak dapat tu,, errrrr mesti kecewa giler... Bukannya kita mintak pun kan nak minat orang tu.. Perasaan tu datang tiba2 tanpa kita sedar akan kehadirannya.. So sad to know that.. Haha.. Perasaan minat orang tu memang sangat indah kan? Kita pun tanpa sedar akan menambah satu rutin harian kita iaitu STALK!!! stalk tu kalau dalam cyber ni, benda tu adalah benda yang bahaya.. Tapi kta bukannya buat benda yang buruk pun kat dia, just kita nak tau je kan rutin harian si dia.. Hurmmm.. Tapi tanpa kita sedar juga sebenarnya kita telah mendera hati kita ni sendiri.. Kita yang melukakan hati ni dengan stalk si dia and actually si dia bahagia bersama dengan yang tercinta.. Haha.. Sangat perit... Kadang-kadang terasa macam diri ni BoDOH sangat pergi stalk dia.. Haha.. Kalau macam aku ni ha,, aku tak yah pun nak stalk dia,, berita dia memang akan sentias sampai ke pengetahuan aku.. walaupun aku tak nak pun benda tu.. And sume tentang dia nampak macam baik je.. Sometime ada terpikir nak bagitau dia perasaan aku tapi aku tak nak putus kan persahabatan aku dengan dia.. Someone said to me that :

"You didn't have to make him realize that you has feeling on him. Keep it as a secret. Secret is something valuable. Once he knows your feelings, means no more valuable between you and him..."

Pada mulanya aku memang tak percaya benda2 ni boleh berlaku di dunia realiti.. Selama apa yang aku tau, benda2 ni berlaku dalam novel je.. Haha.. Bila terkena kat diri sendiri baru aku rasa sakitnya .. Perit sangat.. One day aku terdengar lagu nasyid "Permata yang Dicari".. Antara lirik yang menarik perhatian aku :

"Ya Allah, jika dia benar untukku, satukan hatinya dengan hatiku... Jika dia bukan milikku.. Redhakanlah hatiku dengan ketentuan-MU..."

Yup.. Kita sebagai manusia hanya merancang... Sebenarnya Dia yang menentukan sama ada akan berlaku ke tak.. Percaya pada Qada dan Qadir.. Hanya Dia je yang tau apa yang layak untuk kita.. Biar kita sakait sekarang daripada sakit selepas si dia menjadi milik kita,,, dan kita di tinggalkan.. Even yang ada sekarang ni bukan milik kita.. tapi percaya lah,, mungkian ada yang lebih baik yang menanti kita... Aminnn....






I hope that I can be like this... 


Tapi ingat lah pasti ada orang yang sentiasa yang menyayangi kita tanpa kita sedari.. :)


Monday 30 December 2013

Patah hati la camni..

Huhhh... Penat aku taip panjang2 tadi... then tak boleh nak publish.. Baik aku study Linear la lagi baikkkk... Huhhhh~

Wednesday 25 September 2013

Pengunjung setia STUDY ROOM~

Sejak akhir2 ni aku merupakan pengunjung setia study room nie.. Sebabnya, aku suka facilities dia.. Tak menghampakan aku lah setakat ni.. Sejuk sangat dekat sane.. Bayangkanlah kalau dah berjam-jam ber air-cond.. jangan demam sudah.. Haha.. Internet pun laju weyh kalau guna broadband maxis ni.. Haha.. tu je pun actually tujuan utama aku.. Haha.. Disamping itu, kerja aku banyak yang dah siap.. walaupun tak semuanya siap.. Haha.. Even tak boleh makan dekat dalam study room nie, tapi aku tetap melakukan perkara yang terlarang itu.. Haha.. Biasa lah.. Budak nakal kan? Haha... Sebenarnya study room ni boleh duduk sampai pukul 11 pm je.. Tapi biasalah, kami kan pelajar TERBILANG.. so kami spent time dekat sana samapai pukul 1.30 am.. (kadang-kadang) Haha.. Kalau boleh nak tidur je kat sane.. Haha.. Nanti tak selesa pulak.. Haha.. haaa... esok aku ingatkan nak pergi study room lagi.. Tapi ada perjumpaan kelab tarian lah.. Hurrmm.. :( datang lambat lah jawabnya.. Haha.. Tak pe, janji aku pergi walaupun lambat.. Haha.. eerr.. Hope terpilih la untuk menari.. Berharap sangat.. Dah lama kot tinggalkan.. Tu pun sebab ada orang tak bagi menari lagi.. haha... Sekarang saya dah bebas.. Hihi.. Kepada Syidah, mohon jeles ye wa masuk tarian nie.. Hehe..

Presentation pertama di UiTM

Hari ni merupakan presentation aku yang pertama dalam UiTM.. Aku punya group bawak tajuk Text in multimedia.. Nampak lah macam senang.. Tapi agak merumitkan.. Banyak yang kena hafal.. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar nye dan mendapat pujian dari lecturer.. Haha.. Hebat tak? Dah la kena speaking and I'm the first presenter.. Haha.. Haru... menggigil gak lah tangan ni.. Haha.. tapi alhamdulillah.. Sudah selesai.. Tak yah nak fikir pasal benda ni lagi.. and kalau ada assihnment pun otak tak payah nak pening nak pikir mana satu nak kena buat.. Haha.. Actually kena pandai susun strategi.. Kena plan betul2.. Baru menjadi..

Sunday 22 September 2013

Jalinan Kasih

21 September 2013 - Pagi-pagi lagi aku kena bangun.. Dalam pukul 6.15 am jugak lah aku bangun.. Rancang nye nak bangun pukul 6.00 am, tapi tak kesampaian.. Aku lebih rela tarik slimut daripada bangun awal2.. Bila dah terjaga pukul 6.15 , haaa baru aku tau nak cuak bagai.. Kelam kabut kau.. Dengan tak solat Subuh nye lagi.. Memang kelam kabut lak.. Tapi bila aku sampai dekat Fakulti Sains Komputer dan Matematik di Laman Najib (tempat berkumpul) , hampeh betul... Tak de orang lagi ok yang sampai.. Baru aku dengan lagi 2 orang budak kelas aku.. Hampehh, penat je aku tergesa-gesa bagai.. Cehhh... Lama jugak la aku tunggu dekat situ.. Dalam pukul 8 jugak lah baru gerak ke Ulu Yam.. ehhh,, lupa nak cakap aku punya aktiviti ni dekat Ulu Yam.. 1 jam jugak lah masa perjalanan yang di ambil.. Jalan dia jangan cakap lah.. Berliku-liku beb.. Macam ular kena palu.. Tapi aku tetap tidur dengan lena nya.. Haha.. Mengantuk kot.. Bangun awal la kata kan.. Haha.. Suasana dekat sana sangat lah tenang.. Best.. Nak picnic pun boleh.. Ada air terjun, tu yang best sebenarnya.. sesuai kalau nak buat apa2 event.. Yang adventure punya pun ada tau.. Macam Flying fox, kayak.. Ada jugak orang yang memancing.. Hebat tak? haha.. Macam lah aktiviti yang di lakukan, tapi aktiviti yang sangat membosankan. Di tambah lagi aku dapat group yang lagi hampeh.. Bayangkan lah dalam group tu, aku je yang muda(untuk ladies la) .. Yang lain semuanya lepasan diploma kot.. Perggghh,, memang tak masuk dengan aku.. Huhu.. Pada mulanya aku rasa better la kan sebab dapat ketua yang handsome.. sekali hampeh jugak.. Harap je muka handsome, tapi suka lari dari tanggunjawab. Bercakap je budak tu.. Isshh.. sat aku tunjukkan gambar dia.. tapi kecik je pun..Tak sempat nak snap.. Bhaha.. tu pun curi2 tau aku snap.. Yang dalam bulatan merah tu lah ketua aku..

Malas dah nak cerita panjang2 lebar.. Aku post gambar je la jawabnya.. Haha..

Masa ni sebelum pergi ke Ulu Yam.



Selepas permainan.. Pergghh, kotor tudung aku kena tepung.. Itu yang pasti.. Dengan panas nya..

                        










Permandangan di Ulu Yam.. Sangat sejuk weyh air dia..








LDK selepas solat zohor.. Lagi membosankan.. Aku pun apa lagi,, snap picture je la.. Nak tidur tak boleh.. haha..









Perjalanan pulang ke teratak yang aman lagi damai.. UiTM Shah Alam..





 Tapi yang tak best nya, aku tak bawak kunci bilik.. selama 1 jam aku terkurung di luar.. Haha.. Tunggu roomates aku pulang dari berjoli.. Haha.. tak lah.. Dorang pergi bershopping lah.. Haha.. Penat pun tak hilang lagi time tu.. Terpaksa la tumpang bilik member aku.. Nasib dia tinggal sorang-sorang dekat bilik,, roomates dia yang lain semua nya balik rumah.. haha.. aku harap sangat dapat pergi lagi dekat sini.. Hehhe..

Hari yang memalukan..

18 September 2013 .. Sebenarnya benda ni berlaku dah lama dah.. hari Rabu lepas.. Tapi di sebabkan aku terlalu lah busy dan penat, tak sempat nak update.. Muahaha.. Sekarang la masa yang ada.. baru 2 weeks, dah ada 4 kau assignment.. aku ingat kan sikit je.. Perrrgghhh,, bengang seketika.. Perkara pertama yang berlaku ketika kuliah.. Masa tu kuliah dah habis, tapi aku dengan member aku ni tak tanda tangan lagi dekat borang kehadiran.. So, kami mengambil tindakan yang bijak dengan pergi ke hadapan untuk tanda tangan.. Yela, tak lah la pulak nanti di katanya ponteng.. Kalau tak cukup kuota, kena tahan tak boleh amik exam.. Tak sanggup aku.. Pergghhh... Lepas dah habis tu, kiranya aku nak keluar lah dari dewan kuliah tu.. Memandangkan kami berada di hadapan, so aku keluar je la guna pntu depan.. gatalkan, tak pernah pun keluar guna pintu depan.. Then bila dah keluar tu, mencari lah di manakah pintu keluar.. Aku pun pakai redah je la pintu yang ada.. Sekali, pintu yang aku bukak tu rupanya dewan kuliah 1.. Dah lah lecturer tengah mengajar time tu.. Kelas roomates aku.. Pergghhh, malu gile.. Nasib baik tak perasan muka, perasan baju je.. Sape yang kenal baju aku je tau yang tu aku.. Haha.. Giler doh... Malu nye.. *sorok muka dalam baju* Then bila balik bilik, satu lagi hal.. Aku tak bawak kunci!!!! pergghhh,  lagi lah.. terpaksa la menumpang kat bilik member aku.. Haha.. Malam tu dah lah ada taklimat.. Tak ingat lah apa name program tu, tapi yang pasti untuk warga Melati ok.. My Kolej.. Kena jalan kaki.. Haha.. Actually aku tak dengar sangat pun.. Yela, mana nak dengar kalau dah sumbat lagu2 setan kat telinga.. Tapi di kira aku get involve la dengan bende tu.. Aku dapat baju kolej time tu.. Peerrgghh, aku rasa baju pun boikot aku kot.. Boleh plak tangan kecik.. badan dah cun dah molek, tiba tang tangan pergghh,, macam pakai legging tau tak? Memang baju pun sabotaj aku agaknya.. haha..

Jodoh kami sangat kuat.. Haha.. friend from Mozac and now she is my roomate..

My new roomates


Berjalan kaki je kami ke Pusat Sukan memalam pulak..

Kami tetap happening walaupun kena berjalan kaki

Ramai tu.. tu pun ramai yang tak join.

Fokus semuanya.

Kami tetap bersama..

My new friend at Uitm.. Banyak persama






Sunday 15 September 2013

Mencari book store bagai nak gile..

Aku gerak lah dari dalam pukul 1 gitu lah.. Bayar yuran kolej dan baju kolej.. Aku pun gerak lah dengan roomate aku ni.. Tapi aku panggil dia kak Myra.. Sebabnya dia ni tua setahun je pun dari aku.. Orang Sarawak tau.. Haha.. Kiteorang sampai dekat area Jakel tu, maka bermula lah percarian kami.. Pusing-pusing tau aku dengan kak Myra ni pergi.. Semua tempat kami jalan.. Then main masuk je mana-mana kedai untuk bertanya di manakah bookstore yang di beri nama Abba book store.. Last2, kami gune GPS.. Boleh pula tak teringat kan nak guna GPS.. Thanks tu Incik GPS tu.. Hihi.. Memberi kami laluan untuk ke bookstore.. Memang tersembunyi dan agak jauh jugak lah nak berjalan.. Masa habis dengan mencari book store tu je lah.. Before kami jumpe book store, kami berehat seketika untuk makan.. KFC je pun.. Then kiteorang membeli lah buku.. Mahal doh.. satu buku je pun aku beli,, dah cecah Rm 70.. Giler arrr... Lagipun aku tak perasan pun boleh guna kad siswa tu,, kalau tak, memang aku dah guna.. perrgghhh,, rugi2.. Banyak jugak lah kedai yang guna kad siswa.. Lepas dah beli buku yang kami nak, kami mencari la karaoke.. Jumpe.. Sangat tersorok.. Belakang Giant kot.. Bhaha.. Memang all out habis lah aku cakap.. 15 lagu kot.. Haha.. Bestt.. Awesome sangat.. Lepas ni bila tensen, dah tau dah nak serang mane.. Tak de lah jauh mane pun... Lain lah kalau Melaka tu, memang jauh...


Saturday 14 September 2013

Lepaskan rindu mehh..

Tadi dalam pukul 3 petang la kot, kawan aku yang sorang ni dari matrik tipon tau.. Nak lepaskan rindu la katakan.. Macam2 la yang kami cerita.. hihi.. Lepaskan rindu la kata kan? huhu..Tapi kejap je pun.. Tak lama la.. Sebab dia tu penat sangat.. Errkk... Waitt.. mesti tertanya-tanya kan sape yang aku maksudkan.. Siapa lagi, Umi Mahirah Che Wahab lah.. Hehe.. Dia ni pun masuk UiTM gak.. Same dengan aku.. Tapi sayangnya dia dekat Kedah.. Aku ni dekat Shah Alam.. Memang ramai je budak matrik Melaka masuk sini, tapi... tu la.. Semua yang masuk sini tak rapat dengan aku.. Hurrmmm.. Saya di pinggir kan.. Alone.. Tadi aku dah habis banyak giler duit dengan ber shopping.. Haha.. release tensen la katakan.. Haha.. Tensen sebab apa tu, tak yah la tau kot.. Private.. Then balik ber shopping tu, aku kemas la bilik.. Ini lah hasilnya..



Sunday 8 September 2013

Bermulanya kehidupan sebagai budak Degree..

Esok pukul 12.30 pm aku ada taklimat fakulti.. Walaupun taklimat pukul 12 lebih, aku kena lah gerak awal meh.. Tempat baru kan? So, tak sempat nak jelajah seluruh Uitm nie.. So, sebagai langkah berjaga2 aku akan gerak awal.. Dengan roomates aku lah semestinye.. Nak tau sape roomates aku? Mizah lah.. Satu Mozac dulu dengan aku.. Jodoh kan? Haha.. So, dapat lah kami satu bilik.. satu bilik 4 orang.. sempit weyhh.. Lagi besar bilik kat matrik dulu.. Nak solat pun tak muat lah.. Huhu.. K la.. Need to go.. Nak solat, then nak beli la pape barang yang patut untuk aku tidur malam nie.. Bantal tak ada weyhh.. sedih2.. kat sini sejuk walaupun di tengah2 kota raya.. Gitu kan? Hahaha.. Nasib baiklah beruk band Maxis kat sini laju.. Kalau tak, memang aku dah hempuk sama ini beruk band.. Hihi..

Minggu Destini Siswa ( MDS)

Minggu destini Siswa ini kiranya macam orentasi lah.. Tapi kan, sanagat membosankan.. Asyik2 dengar ceramah je keje.. Dah nak habis2 tu baru la ada aktiviti yang best.. Kiranya santai la,,, Menyanyi lah... Menari pun ada jugak tau.. ku sangat suke tengok ada abang sprang nie menari.. Kiteorang panggil dia abang Remy je... lawa giler seh bila dia menari.. Jeles I nyah.. Bhaha.. Macam2 la aktiviti yang ada.. Kiteorang pun ada aktiviti tengok wayang.. Leftenan Adnan.. Patriotik kau nyah.. Bhaha.. Aku bila dah sampai part yang nak perang2 tu, aku dah terlelap dah.. Tak kesah la sekuat mane pun bunyi sound effect perang tu, aku tetap tidur dengan lena nya walaupun sakit2 pinggang aku.. Mane tak nye, Tidur kat kerusi kot.. Mau tak patah pinggang? Aisshh.. Ada satu hari tu, kiteorang tengok perlawanan bola sepak antar Uitm FC dengan PB ( Pelajar Baru) .. Walaupun panas terik, suasana ketika itu sangat meriah.. Actually aku tak tahu pun macam mane nak tengok perlawanan tu, so bile orang bersorak, aku pun bersorak lah.. Tak di didik ma untuk tengok perlawanan sedemikian rupa.. hehe.. Kami, kolej Mawar sangat menyampah dengan Kolej Seroja.. Gedik giler weyhh.. Panah cinta bagai.. Ntah pape ntah.. Haha... Biasa lah, budak medic kan? Pasney dorang dah start study and keje,of course dorang dah tak ngadap bende2 nie kan? so, kasilah dorang nie gedik sebentar.. Bhaha.. Memang menjadi isu lah kat TWITTER... Budak medic, mane ada life..

Perasmian MDS..  Baju Sekolah mehh..


Kabus ini bukan di buat2 k.. Memang berkabus pun.. Well, pergi kutub utara sat..


Perlawanan bola sepak..


With my cousin..