Thursday 28 February 2013

Malu! Malu! Malu!

Aduhh, apalah malang nasib aku hari ni.. Dari siang tadi, I mean petang tadi aku dah tensen2 dah.. Dengan Project BI lagi.. Errr,, geram lah.. Nasib baik banyak kerja aku dah siapkan.. Kalau tak, lagi kelam kabut la aku jawabnya.. hurrmm,, Orang cakap tak baik mengeluh, tapi tu la.. Errr,, entah la weyh... Tak tahu nak cerita kat sape. Nak cerita kat mak aku, mak aku dah tidur dah. Lagipun tak nak lah dia bimbang pasal aku nanti. Ada banyak lagi yang lebih penting mak and ayah aku nak kena pikir. Hurrmm,, Tapi yang memalukan time nak pergi surau.. Malu siot. Aku bersemangat nak pergi surau, tetibe la pulak selipar aku nie putus.. Aduuh, sabar je la. Nak buat macam mane kan? Terpaksa la terhenjut2 macam orang sakit kaki.. Mula2 ok je selipar tu, tapi pas dengar cerita pasal lawatan kelas kite orang daripada Hani, terus tercabut selipar aku. I mean putus la.. Err, sabar je lah.. Hurrmm,, Malu gila wa cakap lu. Then balik bilik je, semua serba tak kena.. Dengan ada lah sekor mamat ni, keep on disturb me.. Agaknya tak faham bahasa melayu kot yang orang nak letak phone, nak tidur.. Dye nak jugak kee calling.. Sabar je lah. Alih2 kan aku dah mengamuk kat dye.. Aku rasa rimas giler orang kacau aku. Pressure you know? eerr.. Susahkan cakap dengan orang yang tak faham bahasa melayu nie. Rasa macam nak off kan je no celcom nie.. Err,, GERAM!!!

Sunday 24 February 2013

Selesai sudah!

Penat betul berurusan dengan orang yang tak faham bahasa melayu nie.. Hurrmm, pening doh. Nasib baik dah selesai.. Entah pape ntah.,. Tak tahu lah ada otak ke tak.. Kira murah la tu. Siap dengan katering kot.. Ntah pape ntah.. Geram la plak.. Aisshhh... Nasib baik dia terima cadangan kiteorang. kalau tak, nak je pergi penggal kepala dia.. haa,.. pening kepala aku.. Haha..

Pagi td aku peri menyembelih ayam! Fuhyooh! Gempak beb! Ramai giler budak yang jakun. entah pape, sikit2 nak menjerit. Especially to girls la kan? Alhamdulillah, ayam tu telah selamat di sembelihkan dengan selamat dan halal untuk dimakan.. Tapi tak boleh bla la dengan sorang minah nie,, Eerrr, cakap macam la dye tu slalu or cekap la menguruskan ayam tu, sekali, ceh, masa nak siang ayam tu a.k.a bersihkan ayam tu, dia tengok je? tak boleh bla tol. Konon la kan MUSLIMAH PILIHAN! Haktuihh mu,, Pegang ayam pun geli, pastu tak de manner lak tu.. Entah pape entah.. Pelik je aku.. camne lah kau boleh jadi muslimah pilihan. Agak2 la kot.. Err.. Ada jugak orang macam nie kat dunia ni kan? hurrmmm

Saturday 16 February 2013

Alhamdulillah, semuanya semakin ok..

Alhamdulillah. Semenjak naik cuti pertengahan sem ni, semua masalah yang berlaku sebelum ni dah settle. dah selesai.. Hehe.. Naik cuti ni, aku dapat 2 hadiah for my bufday of course. Aku dapat gelang dari kawan aku ni, Fatin. Tak de la cantik tapi simple. I like.. Hehe.. Then aku dapat brooch dari kawan aku yang laki ni.. Not bad la.. Pandai gak mamat nie pilih. Cantik.. Aku pun suka jugak.. Hehe.,. Thabks korang sume,..

Tuesday 12 February 2013

Sampai dah KMM!

dah sampai lama dah actually. tapi tu la sampai2 je kemas, then aku wat la cikit2 homework yang ada.. Sekarang nie nak tido.. Haha.. Nyte!

Monday 11 February 2013

Kembali berjihad!

Allahuakhbar!! Allahuakhbar!! Allahuakhbar!! Allahuakhbar!!

Kembali ke matrik bermakna aku kena kembali berjihad! Untuk menuntut ilmu yang  diredhai Allah. Semoga pembelajaran ku di sana diterima Allah, Amiinn.. Hehe,, Perjuangan yang pasti. Hey, bagi yang tak tahu tu, belajar pun di kira berjihad tau. Kalau meninggal insya Allah kita mati Syahid. Tapi niat kena la betul, belajar kerana Allah, bukan sebab parents suruh ke, tak pun sebab nak kejar cita2. Hehe..

Actually, tadi aku pergi Family Store dengan mak aku. Then masa nak balik tu mak dengan abang(adik laki) bincang dengan aku. Dorang nak beli motor, so sorang keluarkan RM 1000 untuk beli motor. Aku pun ok je lah. Nanti lepas matrik boleh aku gune motor tu untuk kerja. Kan? Haha.. Bijak.. Lagipun nak kumpul duit. Nak beli phone lagi.. Hehe.. Tapi aku beli phone time dah nak masuk U nanti. Tak nak beli awal2. Buat masa sekarang nak kumpul kan duit je. So, kite kene kurangkan pergunaan duit.. Yeah!! Berjimat-cermat..

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!! 

Jom berjimat!

11 Februari 2007

Ek? Kenape 2007 pulak? Sekarang dah 2013 la weyh.. Mimpi ke apa nie? hurrmm? Haha.. Actually tarikh ni memang aku akan ingat sampai bila2.. Hehe.. Bukan bufday someone special.. Bukan kenangan yang indah pun.. Pahit ada, ngeri pun ada.. dah la sehari after bufday aku.. Of course la aku akan ingat.. Aku ingat lagi time nie.. Semuanya masih jelas di kepala aku... ( pandang ke atas sambil membayangkan cerita tu) Kisahnya begini.....

Masa tu petang, lepas ayah hantar KFC unutuk aku sempana bufday aku semalam.. Aku pun bawa la naik ke dorm. Masa ni kat MOZAC tau. Aku form 1 lagi. Kecik je aku ni.. Hehe.. nak bajet pulak. haha.. Aku tak makan terus tau KFC tu, sebabnya aku ada latihan cheer kat dewan besar. Hehe.. Aku pun pergi lah. Then tetibe je aku nampak ramai sangat orang berlari ke arah kantin, belakang kantin tu ada hutan la lebih kurang. Aku pun curious nak tau, aku pun pergi lah ke tampat kejadian. Rupa2 nya kebakaran. Marak gile kot api time tu. Aku nampak.. Parents yang masih ada kat MOZAC tu semuanya telifon Bomba la, takkan ambulan pulak. Haha.. Tapi bomba ni punya la lembab, padahal tak jauh pun dari Mozac. Hurrmm, so semua pelajar di minta untuk masuk ke dalam asrama masing2. Especially perempuan lah. Aku pun apa lagi, orang dah bagi masuk asarama kan? Aku pun masuk lah. Duduk dengan akak dorm aku, kiteorang pergi melantak ayam KFC.. (CEh, sempat lagi nak melantak kan?) Haha.. Tengah makan, tetiba ada orang ketuk pintu dorm, rupanya warden suruh sediakan air dalam baldi, budak laki nak. Hehe.. Kelam kabut kau. Tapi time tu boleh lagi wat muka tak de perasaan je. Then Bila dah maghrib, api tu lagi marak. Haaa,, Time tu la perasaan aku, aduuhh, takut yang amat. Serius.. mula2 warden suruh semua warga aspuri(asrama puteri) keluar dari blok sebab api dijangka merebak sampai ke aspuri.. Haa, hamik kau.. kelam kabut semua orang.. Aku pun dah mula cuak dah time tu. Lepas semua dah reda, I mean api tu la, semua warga asspuri dibenarkan masuk ke dalam asrama tapi dengan syarat yang boleh sembahyang pergi ke musolla, yang uzur tu duduk kat bilik tamu. Time tengah solat hajat dengan taubat tu, memang aku nangis lah. Aku ingat kan aku sorang je, rupanya ramai.. Haaa,, Sejurus habis baca doa, warden jerit lagi suruh keluar asrama sebabapi marak balik., Time tu kalau tak silap lepas isyak.. time semua tengah panic, datang la pulak cerita yang lagi menakutkan, ada akak senior kena histeria. Haaa, aku yang first time alami, nangis kot. Aku peluk akak dorm aku kuat2(kak Nini). Malu aku dengan kak Yaya(akak angkat aku). Yela, takut kot.. Aiisshh,, aku nampak api tu besar giler.. Dengan orang yang menjerit2 lagi. lagi la aku cuak. Eerr,, seram wa cakap lu. Lepas dah selesai, tapi masih lagi di tempat yang sama, I mean yang boleh solat kat surau, yang tak boleh kat bilik tamu. Bilangan orang yang kene histeria semakin meningkat, kiteorang yang berada di dalam surau ni di suruh untuk membaca Yassin. Bersungguh-sungguh semua orang baca. Yang kena histeria duduk kat tengah2 bulatan. Makin lama, makin ramai. Ni, nak dijadikan cerita,akayang duduk kat sebelah aku pun kene histeria jugak. Takut aku. Sebelah aku beb. Huhu.. Nak menangis je time tu. Then dalam pukul 12 la kot, dorm sape yang ahli die tak kene histeria boleh balik dorm, aku balik lah bilik. Konon nak tidur la kan? Tapi tak boleh pun. Giler, asyik teringat je kot. Last2, aku kejut kak Nini, then aku todur kat sebelah dia. Giler tak takut? Dah lah baru masuk,tak pernah alami lak sebelum ni. Haaa.. Cuak kau..

That's why lah sampai sekarang aku still lagi ingat.. Hehe..


Sekejapnye masa berlalu~

Hurrmm, sekejap je aku dah nak balik matrik balik dah.. Aduuhh,, eeerrr,, tak suka nya.. nak duduk rumah. Takpe2, lagi3 bulan je.. Lepas ni dah habis matrik dah... Hehe.. Ganbatte ne~ Hehe... Aduuhh,, masalah tol la.. Berat aku dah bertambah lorh.. adduuhh, kena diet ni,, Nak bersenam? memang tak la kan? eerr.. Takpe, ping pong kan ada? hehe.. Adduhh, harap2 berat aku akan turun.. Giler kau tak terkejut, naik giler kot.. Ok, lepas nie, kite kena selalu berpuasa. Memang lah orang cakap tak elok berpuasa sebab niat lain, tapi apa salahnya, ada benefit apa.. Dengan berpuasa, Insya Allah, berat aku akan turun, dan secara tak langsung, aku dapat menambahkan pahala aku di situ, tak gitu? Daripada aku berlapar je, baik aku puasa je.. Haaa,, dapat juga la pahala di situ.. amiinn.. Ok, Azam baru :

Nak KURUS!!! Ganbatte ne~

Sunday 10 February 2013

Really penat~

Well, hari ni kan bufday aku.. Wait, ada kene mengena ke? Eerr,, tak de kot rasanya.. Haisshh.. Penat nye,, Pada asalnye nak shopping kat Mydin Ayer Keroh je.. Tapi dah ayah aku bawak pergi Cheng, pergi je la Tesco Cheng tu.. Baru first time pergi.. Hehe.. Macam-macam aku tengok, tapi tak beli pun.. Tengok je.. Aku ingat nak beli phone la.. Samsung Galaxy Ace ke, tak pun Samsung Galaxy Chat ke,,, Haaa,, lawa gak.. Hehe.. cantik kan? Hehe...


As you can see, this is Samsung Galaxy Ace. Harga pun dah murah sekarang,, :)

\

And this is Samsung Galaxy Chat.. kawaiii,,,,

Buntu tak tau nak beli yang mane.. Hehe...

Saturday 9 February 2013

Happy Chinese New Year!! And....

Juz wanna wish, Happy Chinese New Year!!! especially orang berbangsa cina lah,, Tapi kita kan 1 Malaysia.. So Semua orang boleh meraikan nya.. Lagi ramaikan lagi meriah.. :) Betul kan? Hehe... Muafakat membawa berkat.. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.. Hehe..

Actually, ada kisah tau disebalik raya cina,,, Nie kisah dye:

Pada tanggal 10/02/1994, seorang bayi yang sangat comel telah di lahirkan. Beliau telah dilahirkan di Hospital Besar, Melaka pada 6 pagi.. Bayi tersebut ialah perempuan. Comel sangat.. Haha.. dan pada hari kelahiran beliau yang ke-19, sekali lagi beliau telah menyambut hari lahir pada tahun baru cina.. Awesome kan? Nak tau tak sape orangnye? Orangnya ialah aku lah.. Hakhak..