Thursday 29 May 2014

My life at UiTM Jasin

My new life at UiTM jasin.. Sem 2 ni aku sambung degree aku kat UiTM Jasin ni.. Permulaan hidup yang baru.. Memang sangat indah sebabnya aku dekat ngan family aku... setelah sekian lama, akhirnya aku semakin dekat dengan family aku.. Selama berapa tahun ea?  jappp... 7 tahun aku terpisah.. Ceehhh,, memang jauh la sangat.. Dalam melaka gak. Tapi tak boleh nak balik tiap2 hari.. Since aku kat UiTM jasin ni, tiap2 hari aku balik rumah.. And the most important thing is aku drive weyh!!! wakakaa...Aku baru mengenali Melaka...

Wednesday 1 January 2014

Selamat tahun baru!!

Selamat tahun baru semua.. Haha.. Agak lewat jugak lah aku wish kan?? Well,, Busy la.. Kan tengah final kan?? Ni update pun sebab aku terasa malas nak belajar malam ni,, Haha... Apa boleh buat.. takkan nak paksa pulak.. Haha... Apa azam baru korang tahun ni??? Azam baru aku... errr.... Biarlah rahsia.. Haha... Tak asbarnye nak balik Melaka.. Actually I am badly miss Melaka.. Not Melaka actually, my LOVELY FAMILY... Haha.. Cepat lah habis final, so that aku boleh balik Melaka dengan tenangnya.. Haha... Apa-apa pun,,, dengan bermulanya tahun baru dengan azam yang baru.. Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan amal ibadah kita.. Apa yang dah lepas tu, biarkanlah dia lepas.. Sekarang kita buka buku yang baru.. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas.. Kita kan kene semakin baik bukan semakin buruk kan?? Haha.... So.... sekali lagi di ucapkan

SELAMAT TAHUN BARU!!!!

1 litre of tears

Just now I had been watching 1 litre of tears.. Hurrmmm.. Sebenarnya aku dah tengok dah crita ni. Masa kat matrik dulu dengan roomate aku.. Tapi aku nak tengok jugak lagi.. Haha.. Spent time hanya 1/2 hari je nak tengok.. Well, semuanya ada 11 episode.. Yang mengkagumkan cerita ni.. Ianya mampu buat aku menangis untuk kali yang ke Dua.. Haha.. The best!! Cerita ni memang cerita benar yang berlaku di Japan.. Well, orang tu sendiri yang tulis kisah hidup dia menghadapi saat-saat kesukaran ketika mengetahui yang dia berpenyakit.. Tentang apa yang dia rasa.. Dia memang seorang yang sangat tabah.. Hurrmm,, kalau aku?? Aku pun tak tahu whether aku akan mampu ke tidak.. Hurmmm,,, Cerita dia sangat menyayatkan hati... Syabas sekali lagi untuk cerita ini... Tapi aku nangis masa dia dengan family and kawan dia... Bagi sape yang tak tengok lagi tu,,, Anda ialah orang yang paling rugi.. Kerana sambil tengok tu, kita boleh muhasabah diri kita balik.. Even tak de kene mengena dengan Islam tapi kalau kita faham maksud di sebalik cerita tu, Insya Allah, kita akan muhasabah.. Akan dekatkan diri kita kepada Dia Yang Satu..



Tuesday 31 December 2013

Bila minat orang...

Hurrmmm... Mesti ramai pernah lalui kan?? Bila kita minat orang tu, tapi orang tu tak pernah pun tahu ataupun orang tu have someone else??? Hurrmm... Beruntung sangat pada sape yang dapat orang yang dia minat kan? Tapi bagi orang yang tak dapat tu,, errrrr mesti kecewa giler... Bukannya kita mintak pun kan nak minat orang tu.. Perasaan tu datang tiba2 tanpa kita sedar akan kehadirannya.. So sad to know that.. Haha.. Perasaan minat orang tu memang sangat indah kan? Kita pun tanpa sedar akan menambah satu rutin harian kita iaitu STALK!!! stalk tu kalau dalam cyber ni, benda tu adalah benda yang bahaya.. Tapi kta bukannya buat benda yang buruk pun kat dia, just kita nak tau je kan rutin harian si dia.. Hurmmm.. Tapi tanpa kita sedar juga sebenarnya kita telah mendera hati kita ni sendiri.. Kita yang melukakan hati ni dengan stalk si dia and actually si dia bahagia bersama dengan yang tercinta.. Haha.. Sangat perit... Kadang-kadang terasa macam diri ni BoDOH sangat pergi stalk dia.. Haha.. Kalau macam aku ni ha,, aku tak yah pun nak stalk dia,, berita dia memang akan sentias sampai ke pengetahuan aku.. walaupun aku tak nak pun benda tu.. And sume tentang dia nampak macam baik je.. Sometime ada terpikir nak bagitau dia perasaan aku tapi aku tak nak putus kan persahabatan aku dengan dia.. Someone said to me that :

"You didn't have to make him realize that you has feeling on him. Keep it as a secret. Secret is something valuable. Once he knows your feelings, means no more valuable between you and him..."

Pada mulanya aku memang tak percaya benda2 ni boleh berlaku di dunia realiti.. Selama apa yang aku tau, benda2 ni berlaku dalam novel je.. Haha.. Bila terkena kat diri sendiri baru aku rasa sakitnya .. Perit sangat.. One day aku terdengar lagu nasyid "Permata yang Dicari".. Antara lirik yang menarik perhatian aku :

"Ya Allah, jika dia benar untukku, satukan hatinya dengan hatiku... Jika dia bukan milikku.. Redhakanlah hatiku dengan ketentuan-MU..."

Yup.. Kita sebagai manusia hanya merancang... Sebenarnya Dia yang menentukan sama ada akan berlaku ke tak.. Percaya pada Qada dan Qadir.. Hanya Dia je yang tau apa yang layak untuk kita.. Biar kita sakait sekarang daripada sakit selepas si dia menjadi milik kita,,, dan kita di tinggalkan.. Even yang ada sekarang ni bukan milik kita.. tapi percaya lah,, mungkian ada yang lebih baik yang menanti kita... Aminnn....






I hope that I can be like this... 


Tapi ingat lah pasti ada orang yang sentiasa yang menyayangi kita tanpa kita sedari.. :)


Monday 30 December 2013

Patah hati la camni..

Huhhh... Penat aku taip panjang2 tadi... then tak boleh nak publish.. Baik aku study Linear la lagi baikkkk... Huhhhh~