Monday 11 March 2013

Perlu ke macam ni?

Setiap kali percintaan, kita sering kali mendengar perempuan akan gaduh dengan perempuan lain semata-mata kerana lelaki? Hello? Pliss la weyh.. tolong lah jangan nak menjtuhkan maruah perempuan. Nampak sangat la yang kau tu macam perempuan murahan la weyh. Sanggup menjatuhkan maruah diri semata-mata lelaki yang tak pasti lagi yang dia tu jadi suami kau. Grr.. Perlu ke nak serang perempuan yang tak bersalah? even kalau perempuan tu goda laki kau pun, kalau laki kau tak layan, tak menjadi mane pun. Patutnya pergi lah tazkirah sikit laki kau tu. Sound dulu laki tu. Jangan nak menggatal sangat.. Tak cukup satu ke? Korang tau tak yang sepanjan korang gaduh dengan ex dye ke, makwe baru dye ke, actually lelaki2 ni ketawa kan korang dari belakang. Ketawakan kebodohan korang kerana korang terpedaya dengan tipu helah dia. Kononnya korang anggap yang korang nak mengukuhkan hubungan korang, tapi apa guna kalau sebelah pihak je yang mengukuhkan hubungan. Dah lah hubungan haram, kalau halal tu lain la kan? Kalau suami isteri ke, boleh la terima dek akal. Yang ni tak, hubungan pun tak sah lagi, then korang gaduh pulak sesama jantina. I mean perempuan lah. Dalam phone ok lagi kot, tekde lah at least tak de orang nampak. ni ha kes yang main tarik2 rambut, gusti2 dekat khalayak ramai.. Kan menyegankan diri sendiri. Korang tak segan ke? Tak terasayang diri tu hina sangat? Apa kata korang just berserah kepada Allah. Kan Dia ang maha Mengetahui? Dia yang akan menentukan siapa yang layak untuk korang sume, so nak buat apa gaduh bagai nak rak, sekali kalau tu bukan jodoh korang, korang clash. Mesti time tu korang rasa macam ish, bodohnya aku pergi gaduh dengan perempuan tu.. At the end aku clash pun dengan dia. Haaa.. Kan menyesal? Apa kata kita settle secara gentle. More polite gitu. So dua2 pihak tak sakit hati, takde sorang pun nanti yang akan dendam..

Korang bayangkan lah. Mula2 korang couple dengan sorang mamat nie. Mamat ni dah ada ex. So, korang warning ex mamat ni. Korang sound dia lah, pergi marah2 dye lah, cari gaduh dengan dia walaupun pada awalnya mamat tu yang bermadu kasih dengan ex dye. Then tak bape lama korang clash. bila korang clash, of course korang akan jadi ex dye kan? Mamat nie jumpe orang baru, orang baru tu buat balik apa yang korang buat kat ex sebelum ni dekat korang. Then benda nie berulang.

Tapi sampai bila weyh? Bila nak berhenti dendam dan tak puas hati ni semua? Haa? Cuba cakap sikit..

Sedarlah korang yang hidup ini umpama roda, kadang kala korang kat atas, kadang kala korang kat bawah. 

Sampai bila nak terus berdendam? Nanti at the end, semua orang sakit hati maka mula lah fitnah lah, apa lah. Yang menangnya laki. Yang di pandang mulia nya laki. Dalam sedar dan taak sedar actually korang dah menjatuhkan harga diri seorang wanita yang solehah. Wanita yang lemah, yang patut di beri pelindungan.

Sunday 10 March 2013

Bengang pulak aku,.

Dah lama tak bercerita pasal Mr. Z kan? Haha.. Ni nak cerita la nie. Aku baru dapat tau yang dia nie dah clash dah dengan makwe dia nie, Mrs. I.. Maaf kalau terasa. Aku macam agak pelik la. Yela, ce korang bayangkan la ea? Setiap hari, setiap petang dorang ni akan sentiasa berkepit. Mcam belangkas la gitu. Aku lak yang rimas tengok. Tapi tetibe je naik sem 2 ni, aik? dah tak nampak dah dorang nie berkepit. Teraba2 same2.. Senyap cam tu je. Then hari aku nak tengok result UPS aku, aku tertembung dengan dia dekat depan Unit Bio. Aku bajet la kan dye tunggu si Mr. Z ni. Tapi takkan aku nak pergi kat dia tanpa sebab kan? So, aku pun bla je la dari situ. Korang bajet aku nak buat apa lagi la kan? Past is past ok? Hurrmm.. Tapi yang menambahkan kemusykilan nya ialah kenapa tiba2 Mrs. I nie mesej aku minta maaf bagai. Ayat dye tak boleh bla..

"Salam. Ni Mrs. I. Saya nak mintak maaf kalau saya ada buat awak sakit hati. Saya mintak maaf k? Salam.."

What??!! Giler kau. Shock kot. Tapi aku tak la reply. Nak mampos? Aku kene kot pikir banyak2 kali. Then bila aku dapat tau dorang dah clash, aku macam eemm simpati la dengan Mrs. I nie. Korang imagine kan.. Imagine kan je la. Korang dah pergi marah ex pakwe kau tanpa sebab, kau dah bagi warning bagai, sekali korang clash.. Hampa tak hampa kat situ. Huh.. Sedih siak.. Mesti la bengang. Kau dah jatuhkan maruah kau untuk bergaduh dengan perempuan? Entah. aku pun malas nak komen panjang 2 sebenarnya., Biarlah. Pandai2 la korang nak hidup..

Saturday 2 March 2013

Activities for this week

Err, actually aku pun tak tahu nak buat apa minggu ni. Mungkin study? Errr, oppsss.. KUMBE math tak buat lagi.. Aduhh, mati aku.. Aisshh.. Giler la.. Esok kena hantar kot.. Err.. mampos den. Buat minggu ni, tak de kot kuiz, just mungkin lah ada kuiz for chem only? But wait! I remembered that Puan Syariah said that We will having kuiz for math, chapter VECTOR? Adduhh, giler, aku dah la tak paham. Bukan lah tak paham, tak yakin you know? Aduuhh, camne la nanti,.  Dengan permutation pun aku tak siapkan lagi.. Aduuh, serabut kepala mak. KUMBE Chem pun tak siap lagi.. Owwh, baru perasaan banyak rupa nya kerja aku kan? uhhh!! Ok, don't be so panic. Just take a deep breath and release.. NO!! It's not the time for me doing this. Better I take the shower, then finish all the assignment right now! Aiyoo amma... Arrgghh, minggu ni pun ada gak pertandingan ping pong, tapi aku kan dah kalah untuk pusingan awal. Jangan nak perasan lah kau boleh jadi juara. Pusingan awal pun dah kena keluar. Err.. Bengang sebentar.. Haha.. Takpe, group ada.. Akan ku tuntut bela akan kekalahan ku minggu lepas. Let's fight together! Yeah!

with my partner for ping pong's tournament..
Ek? Lupa pulak. Esok present for BI la. Aduhh,, Stress den. Sesuai lah dengan tajuk yang kiteorang bawk..

"Stress among KMM's students"
 Err, tabahkan lah hati hambamu ini Ya Allah!

Group members for BI's project!

Andai itu Takdirnya~

Hari ni aku bukan lah nak berjiwang ke apa la kan. Tapi dah ni tajuk novel yang aku baca, nak buat camne kan? hehe.. Novel ni dah lama dah.. Sejak aku sek men lagi. Tapi tak berkesempatan nak membaca.So, alang2 aku dah dapat baucar buku ni, aku pun gunakan lah RM 50 untuk novel. 3 novel aku beli.. ebabnya ada diskaun sekali. Hurrmm,, antara novel yang aku beli : "Bini Aku Tomboy ke?" "Coke & Sundae II" and "Jangan merajuk sayang".. Yang novel andai itu takdirnya tu, aku pinjam kawan aku.. Well, pasal novel ni..

Pada mulanya si Hero and Heroin ni sama tempat study dulu, kat UK kot tak silap. Dorang selalu sangat lah gaduh. Actually pompan tu dah minat lama dah laki ni.. Tapi disebabkan yang si laki ni ego, then dorang pun mula lah bergaduh. Err, sampai lah one day nie dorang kena tangkap basah coz ada orang taburkan fitnah. Laki ni pun memang benci betul la dengan pompan ni. Satu keluarga tak suka kat pompan ni. Parents pompan ni pun buang pompan ni coz telah menconteng arang di muka dia. Sepanjang dorang hidup together, pompan ni asyik kena dera je. Kesian tau. Meleleh air mata aku. Tapi part yang paling sadis bila pompan tu kene belasah (Rogol) oleh suami sendiri. Sadis tak? Huhu.. Kejam giler laki tu. Then pompan tu larilah kat rumah member baik dia. Masa nak tunggu delivered baby tu, pompan tu datang rumah laki tu coz nak amik barang2 dia lah kira nya. Laki tu pergi belasah pompan tu.. Tak BERPERIKEMANUSIAAN sungguh. Bayangkan lah, orang tengah sarat mengndung, dia pergi hentakkan kepala kat dinding. Adusshh, teruk kot.

Sampai sini je aku mampu cerita, kalau nak tau dengan lebih lanjut pergilah beli novel tu. Sangat mengayat hati. The only one novel yang leh wat aku menangis setakat ni. Aduhh, bengkak doh mata. Bangun esok tu, aku selsema dah, gara2 baca novel nie.. Errr,, tapi memang best lah.. Aku salut novelis nie. Nak jadi macam dia lah..Hehe..