Thursday 29 May 2014

My life at UiTM Jasin

My new life at UiTM jasin.. Sem 2 ni aku sambung degree aku kat UiTM Jasin ni.. Permulaan hidup yang baru.. Memang sangat indah sebabnya aku dekat ngan family aku... setelah sekian lama, akhirnya aku semakin dekat dengan family aku.. Selama berapa tahun ea?  jappp... 7 tahun aku terpisah.. Ceehhh,, memang jauh la sangat.. Dalam melaka gak. Tapi tak boleh nak balik tiap2 hari.. Since aku kat UiTM jasin ni, tiap2 hari aku balik rumah.. And the most important thing is aku drive weyh!!! wakakaa...Aku baru mengenali Melaka...

Wednesday 1 January 2014

Selamat tahun baru!!

Selamat tahun baru semua.. Haha.. Agak lewat jugak lah aku wish kan?? Well,, Busy la.. Kan tengah final kan?? Ni update pun sebab aku terasa malas nak belajar malam ni,, Haha... Apa boleh buat.. takkan nak paksa pulak.. Haha... Apa azam baru korang tahun ni??? Azam baru aku... errr.... Biarlah rahsia.. Haha... Tak asbarnye nak balik Melaka.. Actually I am badly miss Melaka.. Not Melaka actually, my LOVELY FAMILY... Haha.. Cepat lah habis final, so that aku boleh balik Melaka dengan tenangnya.. Haha... Apa-apa pun,,, dengan bermulanya tahun baru dengan azam yang baru.. Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan amal ibadah kita.. Apa yang dah lepas tu, biarkanlah dia lepas.. Sekarang kita buka buku yang baru.. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas.. Kita kan kene semakin baik bukan semakin buruk kan?? Haha.... So.... sekali lagi di ucapkan

SELAMAT TAHUN BARU!!!!

1 litre of tears

Just now I had been watching 1 litre of tears.. Hurrmmm.. Sebenarnya aku dah tengok dah crita ni. Masa kat matrik dulu dengan roomate aku.. Tapi aku nak tengok jugak lagi.. Haha.. Spent time hanya 1/2 hari je nak tengok.. Well, semuanya ada 11 episode.. Yang mengkagumkan cerita ni.. Ianya mampu buat aku menangis untuk kali yang ke Dua.. Haha.. The best!! Cerita ni memang cerita benar yang berlaku di Japan.. Well, orang tu sendiri yang tulis kisah hidup dia menghadapi saat-saat kesukaran ketika mengetahui yang dia berpenyakit.. Tentang apa yang dia rasa.. Dia memang seorang yang sangat tabah.. Hurrmm,, kalau aku?? Aku pun tak tahu whether aku akan mampu ke tidak.. Hurmmm,,, Cerita dia sangat menyayatkan hati... Syabas sekali lagi untuk cerita ini... Tapi aku nangis masa dia dengan family and kawan dia... Bagi sape yang tak tengok lagi tu,,, Anda ialah orang yang paling rugi.. Kerana sambil tengok tu, kita boleh muhasabah diri kita balik.. Even tak de kene mengena dengan Islam tapi kalau kita faham maksud di sebalik cerita tu, Insya Allah, kita akan muhasabah.. Akan dekatkan diri kita kepada Dia Yang Satu..