Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan menjelang tiba..

Alhamdullilah.. Aku berpeluang berpuasa lagi pada tahun ini..Tapi tahun ni special sikit..Sebabnya, aku berpuasa selama sebulan dirumah.. Well, nak tunggu degree bulan 9 nanti baru masuk.. So, setelah hampir 6 tahun aku tak berpuasa disisi keluargaku, akhirnya pada tahun ini aku akan sentiasa di samping keluargaku.. Hari ni baru je nak mula puasa,semua orang dah sebuk2 tanya raya ni nak buat kuih apa? Kalau ada oven tu leh la aku wat macam2 jenis kuih.. Tapi mak aku cakap oven rosak lah.. Terpaksa lah buat kuih traditional.. Hurrrmmm... Aku la yang kena membantu memandangkan yang lain sekolah.. haha... Takpe, lepasnie mesti dah susah nak puasa as one family... Yela, bila dah sambung belajar.. mesti lah aku susah nak balik rumah.. Then tahun depan adik aku yang bawah aku ni , masuk U jugak.. Tak tahu lah dapat mane.. Hurrmmm... Apa2 pun, semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna berbanding tahun2 yang lepas..

No comments:

Post a Comment